fbpx

United sudah pulih daripada igauan ngeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan jaringan Rashford ketika United menewaskan Real Betis 4-1 pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Europa di Old Trafford awal pagi semalam.

MANCHESTER – Manchester United telah pulih daripada igauan ngeri dimalukan dengan kekalahan besar di Anfield apabila meraih kemenangan penuh bergaya 4-1 The Red Devils ke atas wakil La Liga, Real Betis pada pusingan 16 terbaik Liga Europa di Stadium Old Trafford awal pagi semalam.

Terdahulu, United longlai tidak bermaya apabila dibelasah 7-0 oleh musuh tradisi, Liverpool hingga meninggalkan kesan besar seolah-olah awan hitam menyelubungi seluruh Carrington dan Old Trafford sejak Ahad lepas.

Bagaimanapun, pengurus United Erik ten Hag tidak berputus asa dengan pasukannya apabila kembali menyenaraikan pemain yang sama ketika menentang Liverpool pada aksi melawan Real Betis bagi memberi peluang untuk bangkit membuktikan bahawa mereka masih lagi pasukan yang utuh.

“Kami sudah bermain 23 perlawanan berturut-turut dengan satu kekalahan dan aksi ke-24 adalah kekalahan besar. Anda tidak boleh mengabaikan 22 perlawanan sebelum ini di mana kami bermain dengan cukup baik,” kata Ten Hag.

Sementara itu, Ten Hag memuji karakter yang ditampilkan barisan pemainnya ketika menewaskan Real Betis 4-1 pada pertemuan pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa di Old Trafford awal pagi semalam.

Selepas dibelasah 7-0 oleh Liver­pool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu, skuad The Red Devils nampaknya sudah melupakan kekalahan memalukan itu bagi melakukan kebangkitan.

Pada perlawanan tersebut, jentera serangan United dilihat cukup berfungsi apabila Marcus Rashford, Antony, Bruno Fernandes dan Wout Weghorst masing-masing menjaringkan satu gol.

“Sudah tentu inilah respons yang saya mahu lihat daripada pasukan. Semua pemain mahu lupakan perkara itu (kekalahan) dan bangkit semula dalam perlawanan hari ini (semalam). Kami juga sepatutnya sudah mendahului 3-0 di separuh masa pertama.

“Bagaimanapun, kami berjaya tunjukkan kemampuan sebenar di separuh masa kedua. Saya tahu kami lakukan kesilapan ketika bertemu Liverpool dan di­belasah, jadi ini peluang pemain tebus kekecewaan itu,” kata Ten Hag.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan, keputusan untuk tidak melakukan perubahan dalam kesebelasan utama adalah kerana menganggap skuad tersebut adalah pilihan terbaik bertemu Betis.

“Sebenarnya, pemilihan pemain adalah peluang kepada mereka untuk tebus kesilapan masing-masing tetapi secara ke­seluruhan ini adalah kesebelasan terbaik. Kita tidak boleh lupakan kemampuan pasukan ini hanya disebabkan satu kekalahan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI