fbpx

Penyertaan syarikat jenama besar bukti Menu Rahmah bukan kelas rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin beramah mesra bersama anak-anak yatim Pertubuhan Islam Peribadi Mulia Kajang pada Majlis Pelancaran Menu Rahmah McDonald’s Malaysia di McDonald’s Mutiara Damansara, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

PETALING JAYA – Penyertaan syarikat-syarikat besar bersama-sama menjayakan Menu Rahmah menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan ia makanan kelas rendah atau tidak berkhasiat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, malah dalam tempoh kurang seminggu, terdapat dua atau tiga jenama besar yang menyediakan Menu Rahmah serta akan diumumkan beliau tidak lama lagi.

“Saya boleh katalah, hampir semua industri berkonsep makanan segera telah menyatakan pengesahan mahu menyertai Menu Rahmah.

“Dalam masa sama, hari ini turut diperkenalkan Menu Rahmah di restoran makanan segera McDonald’s seluruh negara. Ia secara tidak langsung telah ‘membunuh’ yang mengatakan Menu Rahmah makanan kelas rendah atau tidak berkhasiat.

“Justeru, kita dapat lihat rakyat mempunyai banyak pilihan menu yang pelbagai bermula nasi, ada konsep pakej, roti canai, tomyam atau nasi kandar yang akhirnya ada pilihan seperti burger seumpamanya,” katanya pada sidang akhbar pelancaran Menu Rahmah McDonald’s di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat-syarikat yang terlibat penyertaan Menu Rahmah tersebut tidak meletakkan sebarang syarat dan semua dilakukan menerusi libat urus dengan kementerian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI