fbpx

Lelaki menangis, menyesal bakar isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pisutsiri Chansoda (tengah) yang membakar isterinya dan menikam sehingga mati ditahan polis di wilayah Chacherngsao semalam. - Foto Bangkok Post

BANGKOK – Seorang lelaki yang membunuh isterinya dengan membakar dan menikam mangsa di wilayah Samut Prakarn, Isnin lalu, ditahan semalam ketika cuba membunuh diri, lapor laman berita Thaiger.

Lelaki berusia 42 tahun, Pisutsiri Chansoda, didakwa melakukan jenayah kejam terhadap isterinya yang berusia 45 tahun, Natthanan Joomfong di hadapan syarikat Teknologi Alam Sekitar Global yang terletak di Kawasan Perindustrian Bangpoo, wilayah Samut Prakarn.

Pisutsiri ditahan ketika dia cuba membunuh diri dengan terjun ke Sungai Bang Pakong dari sebuah jambatan di wilayah Chacherngsao.

Pegawai-pegawai dari Balai Polis Bangpoo menemui trak pikap Mitsubishi putih yang dipandu Pisutsiri di Jalan Thepparat di wilayah tersebut, manakala pisau yang digunakan dalam pembunuhan itu turut dirampas sebagai bahan bukti.

Semasa dalam perjalanan ke Balai Polis Bangpoo, Pisutsiri yang menangis memberitahu wartawan bahawa dia menyesal atas apa yang telah dilakukannya dan menyatakan sangat sayangkan isterinya.

Menurut beberapa laporan media, Pisutsiri pernah cuba membunuh diri pada 2014 apabila dia berpisah dengan bekas kekasihnya.

Seorang rakan baik mangsa yang dikenali sebagai Lek memberitahu Saluran 3 bahawa dia tidak pernah mempercayai lelaki tersebut kerana terlalu cemburu terhadap isterinya.

Lek berkata, Natthanan membayar hutang Pisutsiri dan memberikannya sebuah trak pikap selain merancang untuk berpisah dengan lelaki itu. Ia mungkin telah mencetuskan reaksi ganas terhada mangsa. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI