fbpx

Dua hektar kebun halia Bentong haram dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENOLONG Pegawai Hutan Daerah Bentong, Hasnudin Mat Ail menunjukkan halia Bentong yang ditanam di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Tinggi di Bentong.

BENTONG – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengambil tindakan segera menghapuskan penanaman halia Bentong yang dikesan di Hutan Simpan Kekal Bukit Tinggi, di sini.

Pencerobohan tanah seluas kira-kira dua hektar itu telah dikesan dua bulan lalu dengan penemuan satu laluan masuk kira-kira 500 meter menuju kebun berkenaan melalui aliran anak Sungai Tanglir.

Hasil tinjauan di tapak pencerobohan itu mendapati kawasan kebun yang sebelum ini dipenuhi tanaman halia Bentong sebanyak kira-kira 2,500 pokok termasuk tanaman sayuran lain telah diganti dengan 250 pokok balak spesis merawan.

Selain itu, terdapat juga kesan tapak kayu dipercayai dijadikan tempat tinggal warga asing yang mengusahakan kebun haram berkenaan.

Difahamkan sebanyak tiga buah pondok dibina di kawasan berkenaan yang mana penghuninya menjadikan air bukit sebagai sumber utama minuman dan memasak selain bagi menyiram tanaman yang diusahakan.

Pengarah JPNP Datuk Dr Mohd. Hizamri Mohd Yasin berkata berdasarkan siasatan yang dilakukan, pihaknya telah mengesan satu aktiviti pemasangan paip di anak Sungai Tanglir untuk mengambil air daripada Hutan Simpan Kekal tanpa kebenaran JPNP.

“Susulan daripada itu, pihak JPNP telah bertindak memusnahkan paip air yang dipasang selain mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pencerobohan baharu tanpa permit,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan kegiatan pencerobohan haram itu tidak ada kaitan dengan kejadian banjir lumpur di Jalan Lama Gombak-Bentong, bulan lalu.

“Bencana itu sebenarnya berpunca daripada hujan yang sangat lebat berlaku secara berterusan dalam tempoh lebih kurang tiga jam, rekod taburan hujan sebanyak 67.5 milimeter (mm) dalam tempoh itu dikategorikan sangat lebat dan boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI