fbpx

Duda tunjuk kemaluan dipenjara lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zuhairi (tengah) diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara lima bulan kerana menunjukkan kemaluannya kepada dua wanita pada bulan lalu.

YAN – Seorang duda dihukum penjara selama lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada dua wanita pada bulan lalu.

Majistret, Anis Suraya Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ahmad Zuhairi Ahmad Fadlah, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Anis Suraya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 5 Februari lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menunjukkan kemaluannya kepada dua wanita berusia 20 dan 27 tahun di Batu 22 Jalan Teroi menghala Sungai Yan di sini kira-kira pukul 11.45 pagi, 5 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Masnini Mat Daud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! Online pada 5 Februari lalu melaporkan dua wanita ketakutan apabila diekori seorang lelaki berkelakuan lucah dengan menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal di Batu 22 Jalan Teroi-Sungai Yan di sini dan suspek kemudian ditahan di rumahnya di Teroi, di sini kira-kira pukul 5.45 petang hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI