fbpx

Warga emas mati ketika berasmara di kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa mengalami sesak nafas ketika bersenggama di ladang kelapa sawit. - KOMPAS.com/ALEK KURNIAWAN

JAKARTA – Misteri penemuan mayat seorang lelaki warga emas di kawasan ladang kelapa sawit di Rokan Hulu, Sumatera akhirnya terbongkar apabila dia didakwa mati ketika sedang melakukan hubungan seks, lapor laman berita Suara.com.

Lelaki berinisial PM yang berusia 61 tahun itu didakwa sempat melakukan hubungan seksual dengan seorang wanita di kawasan ladang kelapa sawit tersebut.

Asisten Komisioner Polis Raja Napitupulu berkata, kejadian itu terbongkar selepas mayat mangsa ditemui pada Rabu lalu.

“PM dilaporkan hilang oleh keluarganya dua hari sebelum dia ditemui dalam keadaan tidak bernyawa,” kata Raja.

Polis mengesyaki seorang wanita berinisial PA, 26, menjalinkan hubungan sulit dengan PM. Lelaki itu pernah berjanji untuk membayar semua hutang PA dan memberi sedikit wang jika mereka melakukan hubungan seks seperti suami isteri.

PA kemudian bersetuju dan mereka bertemu. Ketika melakukan hubungan seks, PM didakwa sesak nafas dan kejang sebelum jatuh ke atas badan PA.

“Oleh kerana badan mangsa besar dan berat, PA kemudian menolak lehernya sehingga menghalang saluran pernafasan mangsa dan jatuh ke tanah. PA kemudian meninggalkan PM yang kaku tidak bergerak,” jelas Raja.

Selepas itu, PA mengambil telefon bimbit mangsa dan memadamkan kandungan perbualan mereka. 

PA kemudian menceritakan kejadian itu kepada abangnya, YY yang kemudian meminta bantuan teman wanitanya bernama BP.

“PA dan YY pada awalnya berniat untuk menghilangkan barang bukti, namun BP bertindak mencuri motosikal mangsa,” tambah Raja. 

Polis kemudian menahan ketiga-tiga suspek selepas identiti mereka dikenal pasti. Jika sabit kesalahan, tiga individu terbabit berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI