fbpx

Penumpang kapal terbang degil duduk kerusi orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayien berkongsi pengalamannya di Twitter semasa berdepan dengan penumpang degil ketika menaiki kapal terbang, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sikap segelintir pengguna kapal terbang yang sering meminta untuk tukar atau sengaja menukar tempat duduk tanpa memikirkan hak penumpang lain sangat menyusahkan.

Perkongsian Ayien menerusi aplikasi Twitter, membuka mata orang ramai tentang isu ini apabila dia sendiri terpaksa berdepan dengan penumpang lain yang berdegil untuk duduk di kerusinya disebabkan mahu menikmati pemandangan di tepi tingkap.

“Masuk-masuk dalam kapal terbang dah nak bikin panas. Tak dapat duduk tepi tingkap memang boleh buat gaduh. Aku beli tempat duduk memang aku nak duduk situ,” ciapnya.

Ayien turut berkongsi perbualan dia dan penumpang tersebut ketika hendak membuat pertukaran semula.

“Hai, tempat duduk 5A, (sambil senyum),” kata Ayien.

“Ya, saya nak duduk dekat sini boleh?,” soal penumpang tersebut.

“Tak boleh, saya nak duduk di tempat duduk saya,” balas Ayien.

“Awak duduk di tempat duduk C boleh? kan sama sahaja duduk dekat A atau C ke,” soal penumpang itu lagi.

Ayien dengan tegas tetap meminta penumpang itu beredar dari tempat duduknya dengan segera sebelum pramugari membuat pengumuman.

“Masa ini dah tak senyum dah, tinggi sikit suara, orang pun dah tengok. Aku beli tempat duduk kau pula nak pemandangan situ.

“Dia (penumpang) bangun dan kembali ke tempat duduk asal dia. Kemudian pramugari buat pengumuman untuk penumpang duduk di tempat masing-masing,” kongsinya.

Sementara itu, perkongsian Ayien turut mendapat reaksi orang ramai dan ada di antara mereka mendedahkan pernah melalui situasi sama yang terpaksa berdepan dengan sikap penumpang pentingkan diri sendiri serta menyusahkan orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI