fbpx

Tunku Idris terbangkan helikopter hantar bantuan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU IDRIS menerbangkan helipoter dalam misi menghantar bantuan banjir ke Segamat hari ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menggerakkan misi bantuan mangsa banjir dengan menerbangkan sendiri helikopter ke Chaah, Segamat membawa bekalan makanan serta barangan kebersihan diri.

Tunku Idris Iskandar berlepas dari lapangan helikopter Istana Bukit Serene, di sini pada pagi tadi sebelum mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bali.

Sejurus mendarat, Tunku Idris Iskandar turut membantu memunggah barangan tersebut daripada helikopter berkenaan.

Pengagihan bekalan makanan dan barangan kebersihan diri kemudian dilakukan pegawai serta sukarelawan dari Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Sehingga 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa meningkat kepada 26,633 penduduk daripada 7,311 keluarga.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI