fbpx

Lebih 10,000 peluang pekerjaan di Sunway Pyramid Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIBUAN pengunjung menghadiri Talentbank Career Fair di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid tahun lalu.

PETALING JAYA – Pameran pencarian kerjaya, Talentbank Career Fair akan kembali di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Sabtu dan Ahad ini, menampilkan lebih 100 syarikat terkemuka dengan lebih 10,000 jawatan kosong tersedia.

Antara syarikat yang turut serta termasuk Nestle, Maxis, Huawei, CIMB, Blacksire, Shell, Deloitte Consulting, Huntsman, KLK OLEO, BAT DBS, AIA Shared Services, Touch’ n Go, Public Bank, Allianz, SLB, TDCX, Coca-Cola, EY, OCBC, TikTok, Nippon Paint, IOI Pro­perties dan Alliance Bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Ta­lentbank, Ben Ho berkata, visi dan misi syarikat ialah membantu mencipta calon yang bersedia untuk bekerja dan membantu mereka mencapai kerjaya berpotensi tinggi de­ngan menghubungkan mereka bersama pemimpin industri.

“Dengan kedua-dua pihak, iaitu pekerja dan majikan yang ingin menyelesaikan kekangan pasaran buruh sedia ada, kami percaya inilah masa terbaik untuk syarikat-syarikat dan pencari kerja menyertai kami di Talentbank Career Fair 2023.

“Di sini, mereka dapat bersatu melalui pertukaran ilmu, pengalaman dan peluang rangkaian yang unik untuk menjamin masa depan yang lebih stabil bagi bakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara tarikan Talentbank Career Fair 2023 ialah sesi ­‘1-on-1 Mentor Hot Seats’ yang memberikan peluang kepada graduan dan pencari kerja untuk berinteraksi dengan majikan secara langsung serta mendapatkan pandangan yang bermakna.

Selain itu, terdapat sesi rakaman potret profesional LinkedIn untuk membantu pencari kerja memberi impresi berkesan pada profil LinkedIn mereka.

Peserta juga boleh mendapatkan bantuan pakar dalam merangka dan mengasah resume mereka di seksyen bantuan resume yang disokong oleh ahli Persatuan Pusat Pemba­ngunan Kerjaya Kebangsaan untuk memastikan pencari kerja dapat menonjolkan pencapaian, kemahiran dan pengalaman mereka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI