fbpx

Dewan Rakyat: MCMC terima 2,825 aduan palsu, jelik, lucah, sumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menerima dan menyiasat kira-kira 2,825 aduan berhubung kesalahan yang diperuntukkan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching berkata, aduan berkaitan hantaran sumbang, jelik, lucah dan palsu tersebut diterima mulai tahun 2009 sehingga semalam.

Jelas beliau, daripada jumlah aduan tersebut sebanyak 108 kes masih dalam siasatan, 115 kes telah didakwa di mahkamah.

“Sebanyak 40 kes telah dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan yang berjumlah lebih RM1.38 juta, manakala 84 kes telah dikeluarkan notis amaran dan 2,478 kes berstatus tiada tindakan lanjut (NFA) dan atau tiada kesalahan dizahirkan (NOD).

“Kes-kes yang diklasifikasikan sebagai NFA/NOD adalah disebabkan tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan suspek dengan kesalahan yang disiasat di bawah seksyen 233 Akta 588,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang mahu kerajaan menyatakan statistik bilangan individu yang disiasat, didakwa dan disabitkan di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia melibatkan hantaran atas talian yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya sejak tahun 2009 sehingga kini.

Tambah Nie Ching, daripada 115 kes yang telah didakwa di mahkamah, 108 kes telah selesai dan dijatuhkan hukuman denda dengan nilai keseluruhan yang berjumlah RM1.04 juta, manakala tujuh kes dalam proses perbicaraan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI