fbpx
Pemilik rumah yang ingin mengubah suai rumah perlu mencari kontraktor yang berlesen bagi mengelakkan ditipu. – GAMBAR HIASAN

Pemilik rumah malu buat laporan walaupun sudah ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bukan 10 atau 20 bahkan 158 laporan telah di­terima membabitkan penipuan kontraktor pembinaan sepanjang tahun lalu yang kebanyakannya berlaku di Lembah Klang, Perak dan Johor.

Pengurus Kanan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional, Baskaran Sithamparam berkata, laporan itu diterima oleh Gabu­ngan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan lebih 50 peratus berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor.

Bagaimanapun katanya, tuntutan undang-undang hanya boleh diambil kepada mereka yang mempunyai lesen yang sah.

“Setiap laporan akan diteliti dan kita akan membuat mediasi dengan pihak kontraktor supaya isu tersebut diselesaikan.

“Sekiranya mereka tidak mahu lakukan, kita akan hantar aduan ke Lembaga Aduan Perlembagaan Pembinaan dan nasihatkan mangsa menuntut wang di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia sekiranya jumlah kerugian tidak melebihi RM50,000,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F, Tukiman Radion berkata, jumlah penipuan sebenarnya lebih banyak tetapi tidak dilaporkan kerana malu.

“Sebenarnya masih ramai yang terlibat cuma malu untuk laporkan.

“Kita hanya terima maklumat daripada kontraktor tempatan yang menerima projek terbengkalai.

“Gunakan khidmat kontraktor berlesen kerana mereka pun sudah cukup bagus dan bukannya menipu. Dari segi kualiti pun lebih terjamin,” katanya.

Selain itu, katanya, pihak berkuasa juga sudah memainkan peranan dengan menarik kemudahan pengambilan lesen bagi warga asing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN