fbpx

Pelantikan ahli majlis tidak ikut pecahan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandrea (dua dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada seorang Ahli Majlis Daerah Kampar di Kampar hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI / KOSMO

KAMPAR – Pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini tidak berdasarkan kepada pecahan mengikut parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, setiap lantikan ahli majlis adalah mereka yang namanya dicadangkan oleh setiap parti.

Katanya, sebelum itu, rundingan peringkat dalaman diadakan dalam parti masing-masing seperti Barisan Nasional (BN) yang mengadakan rundingan dengan komponen parti itu termasuk MIC.

“Semua rundingan untuk pelantikan ahli majlis dibuat di peringkat parti, tetapi apabila dilantik, mereka mewakili Kerajaan Perpaduan. Kita tidak membuat lantikan berdasarkan pecahan mengikut parti.

“Saya percaya semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan diberi peluang dan ruang untuk beri cadangan nama (lantikan ahli majlis),” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis angkat sumpah Ahli Majlis Majlis Daerah Kampar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI