fbpx

Dewan Rakyat: Hospital kerajaan sesak kerana khidmat bertambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perkhidmatan kesihatan bertambah baik antara faktor kesesakan pesakit di hospital kerajaan ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, walau banyak hospital baharu dibina, manakala hospital lama dinaik taraf, namun kesesakan masih berlaku.

“Keyakinan rakyat untuk ke hospital kerajaan bertambah sebab perkhidmatan kesihatan yang baik. Kedua, hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan hampir percuma.

“Begitu murah berbanding perkhidmatan hospital swasta, maka hospital kerajaan jadi tumpuan, sebab itu jumlah doktor dan jururawat bertambah, tetapi masih berdepan kesesakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) mengenai kesesakan yang berlaku di hospital kerajaan semakin membimbangkan menyebabkan pesakit perlu menunggu lama bagi mendapatkan perkhidmatan.

Fadillah berkata, kesesakan di hospital kerajaan itu, namun menimbulkan persoalan sama ada penduduk Malaysia tidak mengamalkan budaya hidup yang sihat menyebabkan ramai perlu merujuk ke doktor.

Justeru, katanya, penekanan kepada mempromosi budaya hidup sihat amat penting supaya hospital kerajaan tidak terbeban dengan banyak kes kesihatan yang merugikan rakyat serta negara daripada segi kewangan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, kerajaan akan menjalin kerjasama dengan hospital swasta bagi menangani masalah kesesakan pesakit di hospital kerajaan.

Menurut beliau, cadangan oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) itu telah dipersetujui oleh hospital swasta.

“Saya mengucapkan terima kasih. Mereka (hospital swasta) sudah bersetuju untuk terlibat bersama menjaga kesihatan rakyat secara holistik.

“Kalau hospital kerajaan tidak dapat beri (perkhidmatan) mungkin disebabkan tempoh menunggu panjang, (pesakit) akan diserahkan kepada hospital swasta dimana yuran tertentu telah dirunding dan dipersetujui.

“Kalau ini dapat dilaksanakan, kemungkinan ia dapat membantu dalam waktu jangka pendek dan sederhana sementara kita bina lebih banyak hospital berdasarkan daerah, bahagian atau negeri-negeri,” katanya.

Selain itu, katanya, cadangan lain untuk menangani kesesakan pesakit di hospital kerajaan melanjutkan waktu operasi klinik kesihatan awam dari pukul 8 sehingga 12 tengah malam di kawasan berdekatan hospital awam dalam kategori sangat sesak.

Tambah beliau, cadangan seterusnya adalah menghantar kes-kes zon hijau (pesakit berisiko rendah) ke klinik kesihatan awam ketika waktu puncak di jabatan kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI