fbpx

15 balai bomba baharu siap dibina sebelum akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika berucap pada Majlis Perasmian BBP Sri Petaling, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited untuk menyiapkan sebanyak 15 buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh BBP telah siap dibina bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara bagi suku tahun pertama 2023.

“Kita berjaya mencapai sasaran KPI 100 hari sebelum Mac yang mana sebanyak tujuh buah balai bomba baru telah siap dibina iaitu BBP Kemahang, BBP Kuala Krai, BBP Dengkil, BBP Rembau, BBP Lutong, BBP Trong dan BBP Tambun.

“Saya menjangkakan menjelang akhir tahun ini ada lagi lapan buah balai bomba akan siap dibina menjadikan jumlah BBP yang siap pada tahun ini adalah sebanyak 15 buah balai bomba baru,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian BBP Sri Petaling, di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata, pencapaian itu merupakan satu peningkatan prestasi yang ketara dan menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pasukan bomba Malaysia bukan sahaja bersiap siaga malah mempunyai peralatan, kecekapan bertaraf dunia.

“Di bawah pimpinan Ketua Pengarah JBPM baharu, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin, saya yakin wira-wira merah bukan sahaja dekat di hati rakyat tetapi akan disanjung dan dihormati.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JBPM serta pasukan profesional KPKT,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI