fbpx

Hafizh masih bergelut dengan cengkaman tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH gagal mengutip mata apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-17 pada perlumbaan pusingan pertama WSBK di Litar Phillip Island, Australia.

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui masih belum serasi sepenuhnya dengan jentera baharu pada perlumbaan pusingan pertama Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Phillip Island, Australia.

Pada perlumbaan 2 yang berlangsung semalam, pelumba pa­sukan Petronas MIE Racing Honda itu gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok kutipan mata apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-17.

Meskipun hanya mengutip satu mata di Phillip Island menerusi perlumbaan 1 kelmarin, namun Hafizh tetap berpuas hati selain mendedahkan dia berdepan isu cengkaman tayar pada perlumbaan tersebut.

“Syukur Alhamdulillah, perlumbaan pertama musim ini saya berjaya dapatkan satu mata dan ia satu perkembangan baik. Sasaran untuk kumpul mata dalam setiap perlumbaan, namun hari ini (semalam) tidak ada rezeki.

“Saya sebenarnya masih bergelut dengan jentera, terutamanya ketika mengambil selekoh kerana tayar kurang mencengkam dan belum jumpa jalan penyelesaian,” katanya.

Menjelang pusingan kedua WSBK di Litar Mandalika, Indonesia minggu depan, Hafizh tampil yakin kerana dia mencatat keputusan cukup baik di litar itu.

“Mandalika adalah litar di mana saya kutip mata musim lalu, jadi harapan adalah untuk terus mengutip mata dan menampilkan tunggangan terbaik. Dengan jentera baharu, saya harap prestasi lebih baik.

“Justeru, diharapkan pasukan berikan impak lebih baik bagi memastikan isu yang dihadapi sekarang ini diselesaikan dengan segera,” ujarnya.

Sementara itu, dalam kelas Supersport (WSSP), Adam Norrodin yang turut mewakili pasukan MIE Racing berjaya mengutip satu mata selepas menamatkan perlumbaan 2 semalam di tempat ke-15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI