fbpx

Dewan Rakyat: 90 kes pembalakan haram tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 90 kes pembalakan haram direkodkan di seluruh negara pada tahun lalu, dengan Sarawak mencatatkan angka tertinggi sebanyak 60 kes.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia diikuti oleh Perak (11 kes), Kelantan (10 kes), Sabah (empat kes), Selangor (dua kes) serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

“Penjenayah yang didakwa melakukan kesalahan ini telah didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) di Semenanjung, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (No. 2 Tahun 1968) di Sabah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Che Alias Hamid (PN-Kemaman) berhubung kadar kes pembalakan haram di setiap negeri sejak tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI