fbpx

Peminat larang Nad Zainal makan ubat kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO ulasan produk ubat kurus yang dibuat Nad menerima teguran peminatnya.

INGATKAN apabila Nad Zainal sudah sihat dan berkahwin baharu, peminat boleh tarik nafas lega, rupa-rupanya belum lagi.

Semuanya disebabkan selepas Nad memuat naik sebuah video dia mempromosikan suplemen yang boleh menurunkan berat badan dalam Instagramnya.

Kata netizen, buat sementara waktu Nad harus berhenti mengambil sebarang makanan tambahan kerana risau penyakitnya sebelum ini menyerang semula.

“Sabar dulu Nad, biarlah sihat betul-betul.

“Ramai sayangkan Nad, jangan ambil dahulu produk-produk kurus ya,” komen netizen.

Tidak melenting, Nad mengaku terharu apabila peminat menitipkan pesanan sebegitu.

Betul apa yang peminat pesan, kalau boleh jangan ambil dahulu sebarang suplemen ya. Mereka risau sebab sayang. Harap Nad pun, tak ada lagi timbul isu sombong. Kadang tak perasan perangai kita buat orang rasa kita sombong.

DIVA: Alvin Chong dilabel ‘sesuatu’ gara-gara videonya bersama seorang rakan lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI