fbpx

Kerbau dirempuh melambung jatuh atas bumbung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan seekor kerbau yang menghempap sebuah kereta di Jalan Pintas Pasir Puteh-Tok Bali dekat Pasir Puteh, semalam. FOTO MEDIA SOSIAL

PASIR PUTEH – Seorang wanita parah manakala suami dan tiga orang anak cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka merempuh seekor kerbau yang kemudiannya melambung dan menghempap bumbung kereta di Kilometer 2.6, Jalan Pintas Pasir Puteh-Tok Bali, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, wanita tersebut yang duduk ditempat duduk penumpang depan cedera dipercayai akibat dihempap haiwan tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan mendapati, seorang lelaki berusia 27 tahun memandu kereta jenis Volkswagen Jetta bersama empat penumpang.

Menurutnya, semasa tiba di kawasan berhampiran Pasar Borong Pasir Puteh di sini, kereta tersebut merempuh seekor kerbau yang dipercayai berada di laluan Tok Bali.

“Kejadian itu menyebabkan kerbau tersebut melambung sebelum menghempap bumbung kereta yang dinaiki kelima-lima mangsa.

“Pemandu kereta dan tiga kanak-kanak yang duduk di tempat duduk belakang cedera ringan manakala seorang wanita cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mohd. Jalani Mokhtar di talian 019-989 9469 untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, lokasi kemalangan merupakan kawasan penduduk setempat menternak kerbau secara lepas sehingga mengganggu penguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI