fbpx

Belanjawan 2023: Kerajaan tanggung bayaran ujian memandu B2, teksi, bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-hailing.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, Tekun Nasional (Tekun) menyediakan sebanyak RM330 juta termasuk RM10 juta untuk membantu belia dalam kalangan keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan.

“Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal,” katanya, – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI