fbpx

Belanjawan 2023: Industri perhotelan perlukan bajet lebih baik, berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk memperkenalkan belanjawan yang lebih baik dan berkesan bagi industri perhotelan dan pelancongan yang telah terkesan teruk sebelum ini akibat pandemik Covid-19.

Presiden Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel berkata, ia berikutan Belanjawan 2023 disifatkan tidak memberikan kesan jangka panjang yang positif.

Kata beliau, meskipun sebanyak RM250 juta diperuntukkan, namun penyediaan bajet itu didakwa tidak dapat menyelesaikan ancaman terhadap industri terbabit.

“Dalam mengembalikan keupayaan industri perhotelan, kerajaan seharusnya berupaya memperkenalkan suatu bajet yang lebih berkesan dalam menyelesaikan ancaman-ancaman industri.

“Ia termasuk mendapatkan kembali cukai-cukai yang telah hilang akibat ketiadaan undang-undang khusus untuk mengawal selia penginapan kediaman jangka masa pendek dan semua jenis agensi pelancongan dalam talian (OTA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ganesh Michiel berkata, pihaknya juga kecewa apabila tiada perubahan terhadap usaha untuk menaikkan Nilai Ambang Tahunan Cukai Perkhidmatan (SST) bagi industri perhotelan.

“Perkara ini telah disuarakan sekian lama iaitu menaikkan kadar SST daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta yang mana hotel bajet adalah suatu industri yang digunakan oleh golongan B40,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI