fbpx

Koleksi Pujangga Puri dikomersialkan melalui telekung, sejadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Firdaus (tengah) pada majlis pelancaran koleksi terbaharu Pujangga Puri di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah bekerjasama dengan Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. (Siti Khadijah) untuk melancarkan koleksi terbaharu, Pujangga Puri di pasaran mulai hari ini.

Koleksi tersebut bertujuan untuk memelihara dan mengkomersialkan warisan seni dan budaya Melayu, koleksi Pujangga Puri merangkumi corak indah yang terdapat dalam halaman manuskrip perubatan keluarga Kitab Tib yang diterbitkan pada tahun sekitar 1850.

Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Ts Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria berkata, corak yang direka adalah hasil pemerhatian keselarasan seni khat manuskrip dengan motif corak yang diilhamkan oleh alam semula jadi. 

“Corak yang direka adalah hasil pemerhatian keselarasan seni khat manuskrip dengan motif corak yang diilhamkan oleh alam semula jadi. 

“Kami ingin mengkomersialkannya kerana corak ini mempunyai nilai estetika tertentu yang melambangkan kesenian dan warisan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pelancaran koleksi terbaharu itu yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan di sini baru-baru ini.

Rekaan Koleksi Pujangga Puri yang terdiri daripada kotak hadiah, rangkaian telekung dan juga sejadah itu diilhamkan daripada elemen Sulur Hidup, Bunga Tanjung Melayu dan Mahkota Bunga. 

Koleksi Pujangga Puri kini boleh didapati di kesemua butik Siti Khadijah di seluruh negara dan melalui platform atas talian.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, melalui usaha sama ini, syarikat komited dalam mengetengahkan koleksi corak Melayu tradisional serta meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat untuk memelihara khazanah negara yang semakin dilupakan.

Syarikat akan terus mengikuti trend dan permintaan terkini industri dengan menerapkan unsur-unsur budaya dan tradisi ke dalam produknya, serta melengkapkan kepelbagaian koleksi premium dan karya unggulnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI