fbpx

Acuan baharu bakal lonjak skuad KDA FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Sang Kenari sudah belajar daripada kesilapan musim lalu selepas gagal mempamerkan prestasi sebenar dan kehadiran Nafuzi akan membantu pasukan kembali ke landasan sebenar. – FB KDA FC

PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh dikatakan berada dalam fasa peralihan dengan re­volusi sedang giat dilakukan oleh pemilik kelab, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar bermula musim ini.

Skuad Sang Kenari dilihat ­seperti sudah belajar daripada kesilapan musim lalu selepas gagal mempamerkan prestasi sebenar di bawah kendalian pengendali import dari Singapura, Aidil Sharin Sahak.

Kini, KDA FC mendapatkan ‘acuan’ baharu daripada jurulatih tempatan menerusi Nafuzi Zain dan sudah pasti aura yang ada pada pengendali muda itu boleh membantu pasukan kembali ke landasan sebenar.

NAFUZI ZAIN

Di atas kertas, Kedah telah melakukan beberapa keputusan bagus sepanjang jendela perpindahan Liga Malaysia kali ini dengan menandatangani beberapa pemain baharu berkualiti.

Antara yang boleh diberikan perhatian kali ini adalah tonggak skuad Harimau Malaya, Kalamul­lah Al-Hafiz dan Lee Tuck bagi menguatkan pasukan kali ini.

Selain itu, Kedah juga seperti sudah belajar daripada pengalaman dengan merekrut beberapa tonggak import yang dijangka tidak mempunyai masalah menyerlah dalam arena bola sepak kebangsaan.

Mereka juga mendapatkan khidmat Manuel Hidalgo yang dianggap seorang pemain terbaik di Malaysia sewaktu bersama pasukan Sri Pahang sebelum ini.

Kehadiran Hidalgo dalam membuka ruang dan peluang sudah pasti ditagih oleh dua penyerang baharu pasukan Kedah, Jonathan Balotelli dan Willian Lira untuk merobek gawang lawan musim ini.

INFO

KETUA JURULATIH: Nafuzi Zain
KETUA PASUKAN: Belum diputuskan
GELANGGANG RASMI: Stadium Darul Aman, Alor Setar
GELARAN: Sang Kenari
PEMAIN TUMPUAN: Jonathan Balotelli
PENCAPAIAN LIGA SUPER MUSIM LALU: No. 8

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL
Kalamullah Al-Hafiz
Ifwat Akmal Chek Kassim
Fikri Che Soh

PERTAHANAN
Fareez Fadzil
Rodney Celvin
Bojan Ciger (Pemain import)
Alan Robertson (Pemain import)
Akmal Zahir
Ariff Farhan
Heshamudin Ahmad
Azrin Afiq
Wan Amirul Afiq
Loqman Hakim Marzuki

TENGAH
Mior Dani
Amirbek Juraboev (Pemain import)
Manuel Ott (Pemain import)
Kamil Akmal
Fadzrul Danel
Amirul Hisyam Awang Kechik
Fayadh Zulkifli
Hidhir Idris
Zharmien Ashraf
Manuel Hidalgo (Pemain import)
Al-Hafiz Harun
Faizal Talib
Aiman Afif Md. Afizul

PENYERANG
Hafiz Izzudin
Lee Tuck
Willian Lira (Pemain import)
Jonathan Balotelli (Pemain import)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI