fbpx

Rakyat terlibat isu kewarganegaraan perlu dibantu segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution (kiri) dan Isnaraissah Munirah (kanan) ketika bertemu di Parlimen, hari ini.

PETALING JAYA – Isu kewarganegaraan dalam kalangan rakyat perlu dibantu dengan segera bagi memudahkan urusan mereka untuk bekerja, belajar dan berkahwin dalam negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beberapa permohonan berkaitan perkara terbabit juga telah diluluskan.

Menurut Saifuddin, ia berikutan pihaknya sering menerima aduan dan rungutan memandangkan isu kewarganegaraan sudah lama berlaku.

“Hasrat saya adalah untuk usahakan penyelesaian dalam urusan tertangguh ini semaksima mungkin. Ini tentang hak mereka, jika perkara ini tidak diurus dengan segera tentu menyukarkan mereka untuk belajar, mendapatkan khidmat kesihatan, memohon kerja, berkahwin dan pelbagai lagi.

“Kebanyakan dari mereka juga bukan orang senang, mereka mesti dibantu dengan segera. Setakat ini pemohon yang benar-benar layak sudah banyak saya luluskan, saya akan kongsikan angka sebenar nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin memberitahu beliau turut berbincang bersama Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berkaitan isu kewarganegaraan, sindiket jenayah penipuan pekerjaan serta beberapa isu lain melibatkan penduduk di Kota Belud dan Sabah.

“InsyaAllah, saya akan bantu sedaya mungkin. Ikhtiar kita #DemiPertiwi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI