fbpx

Dewan Rakyat: Simpanan KWSP B40, M40 berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kumpulan B40 dan M40 semakin menurun, berbanding kumpulan T20 yang terus mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kumpulan T20 ‘memonopoli’ baki simpanan KWSP berbanding kumpulan B40 dan M40 pada masa ini.

“Seramai 5.2 juta pencarum KWSP B40 dengan jumlah simpanan mereka RM13 bilion sebelum April 2020, tetapi selepas Disember 2020 ia menurun 46 peratus tinggal RM7 bilion.

“Kumpulan M40 seramai 5.2 juta pencarum pula daripada RM191 bilion sebelum April 2020, ia menurun 28 peratus menjadikan nilai simpanan RM138 bilion.

“Berbanding simpanan T20 di mana KWSP ini ‘dimonopoli’ oleh mereka apabila seramai 2.2 juta ahlinya dengan nilai begitu hebat RM538 bilion sebelum April 2020, bukan turun tapi naik 11 peratus kepada RM597 bilion,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat 31 Disember lalu, peratusan pencarum aktif berusia 55 tahun dan ke bawah mencapai tahap simpanan mengikut usia hanya 29 peratus sahaja.

Katanya, kumpulan B40 dan M40 paling terjejas baki simpanan di KWSP akibat kebenaran pengeluaran sebelum ini.

“Pengeluaran khas empat kali pandemik Covid-19, sekarang endemik. Negara seumpama kita (sebelum ini) benarkan pengeluaran pun sudah tidak benarkan lagi.

“Saya kira dalam Bajet 2023 Jumaat ini, sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri bahawa ada kaedah-kaedah lain untuk membantu. Kumpulan-kumpulan yang layak ini, mereka tidak mahu keluarkan pun (KWSP),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI