fbpx

Nama ‘hangat’, video lama Shah Rukh Khan tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Pathaan ternyata memanaskan nama Shah Rukh Khan.

KEHEBATAN filem Pathaan yang sedang ‘meraja’ di beberapa buah negara ketika ini terus melonjakkan nama Shah Rukh Khan di serata dunia.

Fenomena tersebut sekali gus membuatkan aktor dengan gelaran King Bollywood itu menjadi antara carian popular dalam enjin carian Google, malah beberapa filem mahupun video lamanya tular kembali.

Antara yang menjadi tumpuan adalah kompilasi videonya ketika menerima hadiah daripada peminat di beberapa acara.

Dalam video yang tular, aktor berkelas dunia itu menggayakan hadiah peminat yang diberikan kepadanya termasuk jaket, baju panas dan jam.

Tidak hairan hingga kini namanya terus berada di puncak melihatkan sikap mesra, merendah diri serta bijak menghargai sokongan ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI