fbpx

Kerja selenggara CSR Lipis-Gua Musang diserah kepada konsesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fakhruddin (empat dari kanan) meneliti pelan jalan ketika melakukan lawatan isu kerosakan jalan masuk ke kawasan perindustrian Semambu di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Kerajaan negeri telah menyerahkan urusan penyelenggaran jalan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang turut dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) dari Lipis, Pahang ke Gua Musang, Kelantan sejauh 94 kilo­meter kepada syarikat konsesi.

Jalan terbabit sebelum ini mendapat perhatian masyarakat yang mempersoalkan kualitinya selepas mengalami ba­nyak kerosakan walaupun tidak sampai 10 tahun penggunaannya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, kerajaan negeri juga telah mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan untuk membina hentian rehat dan rawat (R&R) di laluan terbabit.

“Jalan CSR ini adalah jalan di bawah kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada kerajaan Persekutuan (untuk penyelenggaraan).

“Kita pun ada mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan untuk membina R&R di laluan itu,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas sesi taklimat bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kompleks Tun Razak, di sini, hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan kualiti projek LTU dari Lipis, Pahang ke Gua Musang Kelantan sejauh 94 kilometer dipersoalkan selepas mengalami banyak kerosakan walaupun tidak sampai 10 tahun penggunaannya.

Ia yang mula dibuka pada 2015 merupakan sebahagian daripada projek berimpak tinggi sejauh kira-kira 350 kilometer dengan kos hampir RM10 bilion yang menghubungkan Pahang dengan Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI