fbpx

Impak ketika berkaca mata hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cermin mata hitam mampu menyerlahkan anda dari jauh.

LUPAKAN sahaja kasut jenama antarabangsa (designer shoes), gincu mewah (luxurious lipsticks) daripada high-end fashion houses dan juga bau haruman atau wangian lembut yang memaparkan nama jenama mewah di atas botolnya.

Kini, apabila kita membicarakan tentang affordable luxury (kemewahan yang mampu dimiliki bukan sahaja golongan atasan) sememangnya kita tertumpu pada bahagian mata kita.

Kaca mata atau kaca mata hitam (sunglasses) adalah merupakan alternatif kepada mereka yang mahukan barangan seperti beg tangan dan pakaian (clothing) daripada jenama mewah, tetapi tidak mampu untuk memilikinya oleh kerana harga yang melampau.

Sememangnya aksesori seperti kasut, alat solek (makeup) dan wangian berjenama masih lagi ada antaranya dalam lingkungan produk yang boleh dimiliki oleh kebanyakan kita, tetapi ia tidak mempunyai impak segera (instant impact) dari jarak jauh – sebagaimana yang boleh dilihat apabila anda memakai kaca mata hitam berlogo jenama antarabangsa.

Kaca mata hitam bukan hanya boleh memberi nafas baharu kepada pakaian yang telah sedia ada kita miliki, malahan ia adalah satu cara yang paling ekonomi untuk kita mengikut peredaran gaya ataupun trend terbaru.

Di sini, Stailo kongsikan elemen-elemen yang boleh diambil kira dalam pemilihan kaca mata.

Variasi pilihan

Fashionista sejati menggunakan kaca mata untuk mencetuskan pernyataan bahawa mereka melangkaui manfaat kaca mata itu sendiri dan pemakaiannya lebih kepada pencetusan impak.

Kini, lebih banyak lagi jenama kaca mata atau kaca mata hitam yang tidak begitu mahal terdapat di pasaran, dibandingkan dengan kategori aksesori yang lain.

Sememangnya kaca mata miliki variasi pilihan rekaan dalam pelbagai bentuk, saiz, hiasan dan perincian untuk cita rasa semua.

 

Suai padan

Selalunya suai padan beg tangan dan kasut sedondon adalah yang paling diutamakan, tetapi kini memadankan kaca mata/ hitam dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi gaya dan penampilan individu.

 

Saiz besar

Walaupun di Barat ia paling popular digayakan pada musim panas, tetapi sejak kebelakangan ini, ia telah menjadi aksesori evergreen yang dipakai sepanjang tahun.

Pembeli kini tidak lagi membeli kaca mata/ hitam semata-mata untuk melindungi mata daripada pancaran UV yang merosakkan mata.

Tarikan kaca mata/ hitam bersaiz besar (oversize sunglasses) yang kini jadi kegilaan mencerminkan keperluan untuk penjagaan mata dalam gaya baharu yang lebih fashionable.

Yang penting, ia juga boleh menyembunyikan mata yang lebam setelah penat berparti lewat malam, juga ketika langsung tidak sempat memakai alat solek atau mengelakkan hubung pandang (eye contact) tidak diingini.

RIHANNA mencipta impak menerusi penggayaan kaca mata hitam.

Gaya retro
Gaya paling terbaharu dan popular adalah yang diinspirasikan daripada gaya kaca mata / hitam retro 50-an. Bingkai plastik kembali dengan gaya kontemporari ilham mata kucing (modern take on the cat’s eye) – gaya yang mengingatkan kita pada ikon perfilemen Barat seperti Marilyn Monroe.

Antara rekaan yang juga tidak kurang hebatnya adalah kaca mata /hitam berbingkai kristal yang lut sinar atau jernih.

Harga dan jenama
Anda perlu dapatkan kaca mata/ hitam berjenama ini semasa ia masih dalam lingkungan harga yang berpatutan, sebelum memasuki kategori barangan mewah yang tidak mampu dimiliki semua pembeli (oleh kerana harga yang terlalu mahal) pada suatu masa nanti.

Jika anda tidak percaya, lihat sahaja kaca mata/ hitam edisi terhad (limited edition) Bottega Veneta yang bingkainya diperbuat daripada tanduk semula jadi (natural horn) yang merupakan bahan paling eksklusif dan unik, ada juga jenama terkenal yang menghiasi rekaan kaca mata/hitamnya penuh dengan berlian. Rekaan yang hebat ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI