fbpx

SPRM berjaya lucut harta lebih RM3.4 juta judi prabayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muraliharan, Allan Suman dan Mohd. Shahron sebelum prosiding tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya dalam permohonan untuk melucut hak baki wang prabayar berjumlah RM3,417,981.66 dari 533 pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi yang digunakan bagi tujuan aktiviti haram di Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan selepas mendengar permohonan daripada SPRM untuk perlucuthakkan harta kepada kerajaan Malaysia.

Pada prosiding itu, syarikat telekomunikas iaitu Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi) sebagai responden yang diwakili penasihat undang-undangnya, V.Muraliharan tidak membantah permohonan itu.

Timbalan Pendakwa Raya (SPRM) Allan Suman Pillai dan Mohd. Shahron Idris dalam permohonannya memaklumkan kesemua baki wang itu telah digunakan pelanggan bukan genuine yang telah menyalahi undang-undang seperti berjudi.

“Terdapat lebih 900 akaun pelanggan dengan 127 daripadanya tidak melibatkan aktiviti haram dan pihak Digi telah pulangkan sejumlah lebih RM800,000 kepada para pelanggan itu.

“Jadi, permohonan itu melibatkan aktiviti-aktiviti haram daripada baki akaun pelanggan lain (553 akaun prabayar) berjumlah lebih RM3.4juta,” katanya.

Berdasarkan afidavit permohonan, responden iaitu Digi telah menjalankan satu siasatan dalaman bagi menyiasat serta mendapatkan maklumat tambahan berkaitan ketidakpuasan hati oleh pelanggan Digi.

Ini susulan pelanggan banyak menerima khidmat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mempelawa pelanggan untuk menyertai judi secara atas talian.

Responden juga menyatakan bahawa platform untuk judi secara online tersebut iaitu Republik GG tidak disediakan oleh pihaknya sebaliknya kawal penuh oleh syarikat Inonex.

Selain itu, nilai kredit di dalam kad prabayar itu yang boleh dimanipulasikan untuk bermain judi secara atas talian.

Hasil siasatan SPRM sejak 2020 mendapati terdapat pengguna kad prabayar yang mempunyai nilai baki kredit yang mencurigakan dengan agensi itu mempercayainya digunakan untuk tujuan kegiatan pengubahan wang atau aktiviti haram.

Susulan siasatan itu, kemudiannya telah membawa penyitaan wang berjumlah RM4,253,621.09 yang telah disita daripada pihak responden.

SPRM juga telah mengarahkan responden untuk mengeluarkan notis sebanyak empat kali kepada pengguna- pengguna tersebut dan memaklumkan kepada mereka untuk membuat tuntutan terus dengan pihak SPRM bermula dari tarikh 21 November 2020 sehingga 15 Jun 2021.

Hasilnya, 60 individu daripada 593 pengguna prabayar yang telah disita telah membuat tuntutan balik dengan SPRM dan berjaya mendapat semula baki kredit akaun pra-bayar Digi mereka setelah didapati tidak terlibat dalam kegiatan pengubahan wang atau aktiviti yang haram. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI