fbpx

Kerajaan komited perkasa bandar rendah karbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi menyampaikan anugerah kepada penerima pada majlis itu di Shah Alam.

SHAH ALAM – Kerajaan komited memperkasakan inisiatif bandar rendah karbon yang menyumbang signifikan kepada pengurangan impak perubahan iklim di negara ini.

Inisitiaf itu dilaksanakan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dengan kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PBT disaran menetapkan hala tuju dan pendekatan yang bersesuaian dengan konsep bandar rendah karbon.

“Saranan itu penting ke arah mencapai sasaran pengurangan gas rumah kaca (GHG) berdasarkan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM) 2021.

“Perancangan dan pembangunan bandar  mampan berupaya membangunkan ekonomi hijau tempatan selain peluang pekerjaan dan menarik pelaburan domestik serta antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 di sini, malam ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI