fbpx

Awesome TV bertemu MCMC isu kandungan berita langgar undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA – Saluran televisyen swasta Awesome TV dihadapkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana menerbitkan kandungan berita yang melanggar undang-undang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, memaklumkan saluran televisyen itu yang disiarkan di MYTV dan ASTRO, didapati menerbitkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali, termasuk fitnah terhadap kerajaan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua agensi media untuk menerbitkan kandungan secara bertanggungjawab dan beretika serta mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan.

“Kita maklum dalam kalangan wartawan ada hak untuk memastikan keselamatan identiti sumber mereka, tetapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah.Contohnya baru-baru ini, syarikat Awesome TV yang menerbitkan laporan berita fitnah, apabila memetik sumber atau cadangan dengan mengatakan kerajaan berhasrat membuang lebih 800,000 pegawai penjawat awam.

“Ini fitnah yang sangat jelas. Syarikat Awesome TV ini sudah enam kali melakukan pelanggaran (undang-undang), termasuk lima kali (dalam pentadbiran) sebelum ini. Jadi pada pukul 12 tengah hari ini, MCMC akan bertemu dengan pihak Awesome TV untuk membincangkan kerana pelanggaran-pelanggaran ini berlaku waima di pentadbiran sebelum ini sekali pun.

“Jadi perlu ada keseimbangan, dan mungkin ini bersifat perbincangan antara pengamal media dan pihak berkuasa untuk mencari titik temu dalam isu ini,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini Ahmad Fahmi meminta Berita 757, Awesome TV memberi penjelasan mengenai siaran kononnya ada cadangan daripada ‘pemerhati’ untuk kurangkan bilangan penjawat awam.

Ini kerana katanya kerajaan tidak pernah mempunyai sebarang rancangan atau perbincangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI