fbpx

Anwar terima kunjungan ketua-ketua perwakilan diplomatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menerima kunjungan hormat ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia yang bakal memulakan tugasan di negara penempatan masing-masing.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk tentang mempergiat usaha menarik pelaburan asing berkualiti ke Malaysia.

“Saya turut berkongsikan hala tuju dasar luar Malaysia yang berteraskan konsep Malaysia Madani dalam kita mendepani cabaran semasa dan melangkah jauh lebih maju ke hadapan.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semoga nama Malaysia dapat dibawa ke tahap yang lebih baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran berasingan, Anwar memaklumkan beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Alidan dan delegasi di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, kerjasama kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Melaka akan terus dipererat terutama dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI