fbpx

Terus suburkan tradisi dan budaya dalam program berkhatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Rafie menyiram air kepada kanak-kanak yang menyertai program berkhatan pada Program Berkhatan Percuma Untuk Keluarga Asnaf dan B40 di Masjid Dato' Klana Petra Sendeng dekat Ampangan, Seremban, hari ini. -Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN –  Adat berkhatan yang menjadi tradisi dan budaya orang Melayu sejak zaman berzaman perlu disuburkan walaupun proses itu kini dilakukan menggunakan kaedah perubatan moden.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, adat seperti menepung tawar, berendam dan diarak boleh dilaksanakan sebelum seorang kanak-kanak itu dikhatan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri berkata, tradisi itu akan bertambah meriah dalam program berkhatan secara beramai-ramai.

“Berkhatan adalah peristiwa bersejarah yang akan menjadi kenangan seumur hidup bagi seorang kanak-kanak. Kenangan itu menjadi semakin kuat jika ia dilaksanakan mengikut adat dan tradisi orang Melayu seperti bersiram, diarak dan ditepung tawar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Program Berkhatan Percuma Untuk Keluarga Asnaf dan B40 di Masjid Dato’Klana Petra Sendeng dekat Ampangan di sini, hari ini.

Seramai 46 orang kanak-kanak berusia antara tiga hingga 13 tahun menyertai program anjuran bersama Hospital Pakar KPJ Seremban, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Pejabat ADUN Ampangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI