fbpx

Ramai terhibur, murid menari sambil menyanyi raikan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Aksi comel seorang murid ketika menyanyikan lagu selamat hari jadi buat rakan sekelasnya mencuit hati orang ramai.

Rakaman memaparkan gelagat kanak-kanak itu yang dipercayai dirakam oleh gurunya juga tular di media sosial.

Dipercayai, kanak-kanak tersebut merupakan pelajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC).

Menerusi rakaman itu dilihat pelajar-pelajar berbangsa cina menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam bahasa mandarin untuk seorang murid perempuan berbangsa Melayu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji keakraban pelajar-pelajar tersebut walaupun berlainan bangsa.

“Seronok ada kawan berlainan kaum begini. Rindu keharmonian pelbagai kaum ini,” kata Zaza.

“Keadaan macam ini yang kita nak kekalkan. Harmoni dalam setiap persekitaran yang ada.. Kita lahir di Malaysia sepatutnya berbangga,” ujar Reny.

“Seronok tengok, semangat kawan dia menari. Nanti dah besar kalau ingat balik mesti malu,” jelas Mohammad.

“Teringat zaman sekolah. Kawan-kawan berbilang bangsa. Seronok sangat. Sekarang ini pun masih sama. Sayang semua kawan-kawan saya,” kata Noor.

“Dari umur kecik lah kita ajar anak-anak kita harmoni dengan berlainan bangsa dan agama,” luah Zee.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 3 juta tontonan dan lebih 300,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI