fbpx

Rawatan tulang terbaik melalui perubatan tradisional Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTUR badan yang salah adalah salah satu punca utama masalah sakit belakang.- Gambar hiasan/Freepik

SYARIKAT Perubatan Tradisional Cina (TCM), Best Osteo Sdn Bhd, merancang untuk membuka enam hingga tujuh pusat terapi TCM di Malaysia sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan perniagaannya dalam jangka masa lima tahun.

Pengasasnya Master David Tan berkata, industri TCM di Malaysia telah berkembang pesat, terutamanya sejak penularan Covid-19.

Pakar perubatan Cina yang sebelum ini merupakan jurutera elektronik itu menjangkakan pengembangan TCM pada 2023 akan menjadi lebih ketara berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Emergen Research, pasaran TCM global mencecah AS$18.8 bilion (RM83.31 bilion) pada 2021 dan dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) sebanyak 11.9 peratus (%) bermula 2022 hingga 2030.

TAN mempunyai 15 tahun kepakaran dalam bidang TCM dan memiliki ijazah sarjana dalam akupunktur dari Universiti Perubatan Tradisional Cina Guanxi di China.

Analisis firma itu menunjukkan peningkatan penyakit tingkah laku kronik dan penyakit kanak-kanak yang berkemungkinan menjadi pemacu pertumbuhan pendapatan di peringkat global.

Sebelum ini, Tan pernah merawat selebriti seperti Robert Kiyosaki iaitu pengarang buku terlaris Rich Dad Poor Dad.

Tan percaya bahawa rawatan TCM akan terus berkembang akibat wabak Covid-19.

Beliau berkata, ramai kanak-kanak dan orang dewasa mengalami masalah kronik akibat wabak tersebut termasuklah kebimbangan postur dan posisi duduk serta masalah sakit bahu.

“Masalah ini adalah isu biasa pada masa sekarang kerana mereka bekerja atau bersekolah dari rumah.

“Justeru, orang ramai berminat dengan TCM untuk pencegahan dan rawatan bagi meningkatkan kesihatan serta gaya hidup mereka, sekali gus menjimatkan wang dalam jangka panjang,” katanya.

Jelasnya lagi, terapi postur Cina bukan sahaja berfungsi untuk mengubah struktur rangka badan, tetapi juga keadaan dalaman bagi meningkatkan keyakinan diri.

“Kami bukan sahaja memulihkan postur pesakit, tetapi juga membetulkan pelbagai penyakit dalaman yang disebabkan oleh masalah postur mereka.

“Secara dalaman, prosedur TCM digunakan untuk mengimbangi qi dan darah dalam organ dalaman serta mengurangkan banyak kecederaan dalaman yang disebabkan oleh postur yang lemah.

“Secara luaran pula, prosedur osteopati digunakan untuk membetulkan postur yang mana secara beransur-ansur boleh mengembalikan badan kepada kedudukan normal,” ujarnya.

KIYOSAKI (kiri) merupakan salah seorang selebriti yang pernah dirawat oleh Tan.

Best Osteo yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan mempunyai kepakaran dalam kiropraktik, penjajaran tulang, akupunktur dan urutan TCM tanpa memerlukan pembedahan, bius, pil dan ubat, namun mampu meningkatkan kualiti hidup serta gangguan sakit tertentu.

Tan mempunyai 15 tahun kepakaran dalam bidang TCM dan memiliki ijazah sarjana dalam akupunktur dari Universiti Perubatan Tradisional Cina Guanxi di China.

Beliau membuka pusat TCM di Kota Damansara dengan kira-kira 25,000 pelanggan yang mana 95% daripadanya adalah penduduk tempatan.

Syarikat itu merancang untuk membuka lokasi kedua tahun ini di Mont Kiara atau Bukit Jalil.

Sementara itu beliau turut merancang untuk membuka cawangan di Pulau Pinang, Ipoh, Johor, Sabah dan Sarawak.

Tan menganggarkan bahawa setiap pusat itu akan menelan belanja sekitar RM250,000 dan RM300,000.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan TCM, sila hubungi BEST OSTEO SDN BHD di talian 011-29580111.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI