fbpx

Pemandu e-hailing maut dihempap kereta sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dihempap keretanya sendiri ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pagi tadi.

PUTRAJAYA – Malang menimpa seorang pemandu e-hailing apabila maut selepas dihempap keretanya sendiri ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas kenderaan itu, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 11.48 pagi di sebuah Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Presint 5 di sini, mangsa Mohammad Azim Mohamad Sanusi, 30, disahkan maut selepas tersepit di bawah kereta jenis Perodua Bezza.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, insiden berlaku apabila mangsa dikatakan sedang menukar minyak hitam dan brek tayar hadapan kereta sebelum dihempap kenderaan tersebut.

“Anggota bomba dan penyelamat juga dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengalihkan mangsa dari bawah kereta berkenaan.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan dari Hospital Putrajaya kemudian mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia akibat kejadian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

A. Asmadi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada isteri mangsa dan memaklumkan bahawa bedah siasat akan dilakukan esok.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI