fbpx

Penghawa dingin pesawat rosak lagi, pihak berkuasa perlu ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video penumpang kepanasan selepas penghawa dingin dalam pesawat dikatakan rosak dan tular di media sosial.

LUMUT – Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas berikutan masalah penghawa dingin rosak dalam pesawat tempatan berulang lagi seperti yang tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Pada masa sama, penumpang terlibat digesa membuat aduan melalui aplikasi FlySmart yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store atau website https://www.flysmart.my.

Penganalisis pengangkutan, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar berkata, aduan perlu dibuat agar satu tindakan segera boleh diambil oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) ke atas syarikat penerbangan tersebut.

“Untuk pengetahuan semua, kuasa yang ada pada Mavcom di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] membenarkan suruhanjaya ini menyiasat sebarang aduan daripada para penumpang mengenai perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat penerbangan atau lapangan terbang.

“Saya juga mendesak satu tindakan yang tegas perlu dilaksanakan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang dan kualiti perkhidmatan udara dapat dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, telah tular di TikTok mengenai penumpang sebuah syarikat penerbangan milik Malaysia untuk penerbangan Phuket-Kuala Lumpur dilaporkan berpanas kira-kira 30 minit di dalam pesawat ekoran sistem penghawa dingin pesawat yang rosak.

Bekas penyelidik di Institut Pengangkutan Malaysia itu menjelaskan, untuk rekod, ia merupakan kejadian kedua masalah pesawat syarikat itu mengalami kerosakan penghawa dingin dalam masa setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI