fbpx

Lelaki maut digilis trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa tersepit selepas digilis sebuah trak pikap di Kilometer 0.8, Lebuh Raya Duke, Kuala Lumpur , pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta melibatkan dua buah kereta berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, di Kilometer 0.8, Lebuh Raya Duke, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada pukul 9. 44 pagi.

Menurut kenyataan itu, seramai lapan anggota lain-lain pangkat serta sebuah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian mendapati berlaku kemalangan jalan raya yang membabitkan dua buah kereta dan sebuah motosikal Yamaha 135 LC.

“Siasatan awal mendapati, kereta jenis Perodua Axia telah bergesel dengan mangsa sebelum penunggang motosikal itu jatuh di jalan.

“Susulan itu, sebuah trak pikap jenis Nissan Navara yang datang dari belakang tidak sempat memberhentikan keretanya telah menggilis mangsa masuk bawah kenderaannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran kemalangan itu, mangsa lelaki tempatan berumur 34 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh para medik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambah kenyataan itu, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba pada 10.20 pagi dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya dan operasi tamat pada pukul 10.42 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI