fbpx

Tiada wang sambut Hari Kekasih, pelajar nekad curi kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arvind dan Mohan diserahkan ke Balai Polis Kandachipuram di daerah Villupuram baru-baru ini. - Pipa News

NEW DELHI  –  Seorang pelajar kolej ditahan kerana mencuri seekor kambing untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli hadiah untuk teman wanitanya pada Hari Kekasih, lapor portal berita Pipa News semalam.

Arvind Kumar, 20, didapati mencuri kambing milik seorang penduduk dikenali sebagai Renuka di Kampung Malayarasan Kuppam yang berada di bawah pentadbiran Balai Polis Kandachipuram dalam daerah Villupuram baru-baru ini.

Arvind dan rakannya yang dikenali sebagai Mohan, 20, telah ditahan dan diserahkan ke balai polis tersebut.

Polis  menyoal siasat mereka dan Arvind berkata,  dia mencuri kambing kerana tidak mempunyai wang untuk meraikan Hari Kekasih dan membeli hadiah romantis kepada teman wanitanya.

Siasatan polis juga mendapati rakannya, Mohan adalah rakan subahat Arvind.

Polis juga sedang menyiasat sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kes kecurian kambing yang lain. –  Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI