fbpx

Lantikan ketua kampung di Perak bulan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zolkafly (tengah) menyiram pokok sebagai gimik perasmian pada Karnival dan Pameran STEM di SK Lintang, Sungai Siput, hari ini.

SUNGAI SIPUT – Pelantikan baharu ketua kampung bagi mengisi semula kekosongan jawatan itu setelah perkhidmatan ketika ini ditamatkan Disember tahun lalu akan diumumkan bulan hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, pihaknya kini di peringkat akhir mekanisme untuk dicadangkan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Katanya, proses pelantikan berkenaan mengambil masa bagi memastikan semua pihak berpuas hati dengan cadangan dan mekanisme yang disyorkan.

“Sekarang ini, kita mahu memastikan mekanisme untuk menentukan jumlah kampung, jumlah ketua-ketua kampung dan kampung-kampung yang sesuai untuk diberi tanggungjawab kepada parti-parti kerajaan perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Ini memerlukan sedikit masa supaya semua pihak berpuas hati dengan cadangan dan mekanisme yang sudah kita siapkan di mana rundingan peringkat akhir jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa peringkat negeri akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan berkata, semua ketua kampung di Perak ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa 31 Disember lalu melalui satu pekeliling melibatkan semua pemegang jawatan terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI