fbpx

Wanita tidak kisah dikritik calon suami kulit gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arum mengingatkan netizen agar tidak menghakimi Makruf hanya daripada penampilan fizikal. - Arum Puspitasari

JAKARTA – Seorang wanita dan tunangnya menjadi perhatian netizen di Indonesia kerana perbezaan rupa paras mereka yang dikatakan tidak sepadan, lapor portal berita Wolipop.

Berdasarkan klip video yang tular di laman TikTok, wanita dikenali sebagai Arum Puspitasari itu  sedang menjalani sesi fotografi praperkahwinan bersama tunangnya.

Kedua-dua mereka memakai pakaian pengantin mengikut adat masyarakat Jawa sambil duduk di atas pelamin.

Arum disifatkan sebagai seorang wanita jelita dan berkulit putih, berbeza dengan tunangnya yang berkulit hitam manis.

Wanita berusia 26 tahun itu ketika disoal Wolipop mengakui tidak menyangka akan menjadi tular kerana rakaman praperkahwinan itu berlangsung pada 26 Disember tahun lalu.

Dia juga mengaku  menerima pelbagai komen negatif mengenai calon suaminya, Makruf yang berumur 24 tahun.

“Hal seperti itu sudah biasa, bahkan orang di sekeliling  kita juga banyak yang begitu. Namun, kita perlu menganggapnya sebagai perkara biasa sahaja,” katanya.

Wanita itu turut mengingatkan netizen agar tidak menghakimi Makruf hanya daripada penampilan fizikal kerana menurutnya, dia merupakan seorang lelaki yang baik hati.

“Jangan menilai luaran sahaja. Ada yang baik bagi anda, belum tentu baik untuk orang lain,” ujarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Berkahwin bukan mengenai paras rupa semata-mata. Mungkin ada sifat lelaki itu yang tidak ditemui pada individu lain,” kata seorang netizen.

“Mungkin lelaki itu kaya,” ujar seorang pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI