fbpx

KPM utamakan gantian blok bangunan daif di 830 buah sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan projek penggantian blok bangunan daif di 830 buah sekolah di seluruh negara dalam usaha menyediakan infrastruktur selamat kepada pelajar.

KPM menerusi kenyataan akhbar berkata, jumlah blok bangunan daif itu diperolehi setakat 31 Januari lalu dimana kesemuanya berada pada skala 6.

Menurutnya, bangunan-bangunan daif dikesan melalui analisis skor gred impak dijalankan KPM dan ia akan diutamakan bagi pelaksanaan projek berkenaan.

“Projek diangkat untuk kelulusan pelaksanaan terdiri daripada senarai sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala 6 dan 7.

“Bilangan bangunan daif itu adalah dinamik selaras dengan penyelesaian pelaksanaan pembangunan semula dan penerimaan untuk mengesyorkan tahap keselamatan bangunan oleh agensi teknikal,” katanya hari ini.

Katanya, KPM komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan selamat dan kondusif untuk kegunaan murid serta warga sekolah di seluruh negara.

Jelasnya lagi, KPM juga menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keseriusan kerajaan dalam menangani isu sekolah daif.

“KPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau dalam isu tersebut.

“Kenyataan Perdana Menteri itu selaras dengan tujuh aspirasi KPM sebelum ini iaitu memberi perhatian kepada pembangunan sekolah daif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI