fbpx

Nurul Izzah pilih sertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah

PETALING JAYA – Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menjemput Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar untuk menyertai sekretariat tersebut dalam usaha membantu memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

Mohd. Hassan dalam satu kenyataan berkata, jemputan itu dibuat selepas mesyuarat sulung jawatankuasa itu diadakan pada Jumaat lepas.

“Peranan utama Jawatankuasa Penasihat adalah, antara lain, menasihati Menteri Kewangan mengenai cara dan langkah untuk meningkatkan asas hasil negara dan mengurangkan perbelanjaan pengurusan.

“Jawatankuasa ini juga akan menasihati Menteri Kewangan mengenai perkara berkaitan dengan subsidi, termasuk menyemak dan menyusun semula subsidi sedia ada dan penyediaan perlindungan sosial yang lebih holistik,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Hasan berkata, Menteri Kewangan juga akan dinasihatkan mengenai perkara berkaitan dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), termasuk menentukan kaitannya dalam konteks semasa dan menyatukannya mengikut kesesuaian.

“Selain itu, jawatankuasa turut akan menasihatkan menteri berkenaan hutang negara dan tadbir urus yang baik.

“Jawatankuasa Penasihat ini juga akan melapor terus kepada Menteri Kewangan, dan hendaklah bermesyuarat sekerap mungkin bergantung kepada keperluan,” ujarnya.

Katanya, sekretariat untuk menyokong operasi Jawatankuasa Penasihat telah dibentuk dan terletak di Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“Nurul Izzah telah dijemput untuk mengetuai bersama sekretariat itu bersama Pengurus Kanan Petronas, Khairil Anuar Ramli,” tambahnya.

Terdahulu, Nurul Izzah memaklumkan bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI