fbpx

50 guru bersyukur terima manfaat banjir YGMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (depan, tiga dari kiri) dan Wan Munadi (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian daripada penerima manfaat banjir di bawah Skim YGMB di Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Seramai 50 guru di Terengganu yang terjejas dengan banjir besar pada akhir tahun lalu bersyukur menerima manfaat daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Setiap mereka menerima wang tunai RM500 yang merupakan sebahagian daripada manfaat bencana di bawah Skim Keahlian YGMB dengan caruman bulanan serendah RM28.

Salah seorang penerima, Wan Manzura Wan Kamal, 59, memberitahu rumahnya di Kampung Losong Haji Long, Kuala Terengganu dilanda banjir sebanyak tiga kali sewaktu gelombang banjir pertama dan kedua sebelum ini.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu itu memberitahu banyak perabot dan peralatan elektrik rumahnya rosak akibat ditenggelami banjir berkenaan.

“Alhamdulillah, pemberian manfaat ini sedikit sebanyak boleh digunakan untuk memberi semula sebahagian barangan elektrik yang telah rosak.

“Saya telah menyertai Skim Keahlian YGMB sejak 20 tahun lalu dan banyak manfaat telah diperolehi daripadanya,” katanya ketika ditemui selepas menerima manfaat RM500 daripada Pengerusi YGMB, Aminuddin Adam di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

Skim Keahlian YGMB yang menawarkan 25 manfaat disertai lebih 130,000 warga pendidik di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI