fbpx

Fernandez selesa pacu jentera Aprilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ mengakui dia lebih mudah mengendalikan jentera Aprilia berbanding bersama KTM sebelum ini. – TWITTER RNF MOTOGP TEAM

SEPANG – Pelumba muda Sepa­nyol, Raul Fernandez mungkin menjadi individu paling gembira pada sesi ujian rasmi MotoGP tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pelumba berusia 22 tahun itu memulakan debut kelas perdana MotoGP bersama Tech3 KTM Factory Racing musim lalu, namun berakhir dengan mimpi ngeri apabila gagal menembusi kelompok 10 pelumba terbaik dan hanya mengumpul 14 mata sepajang perlumbaan.

Kini, Fernandez dilihat gembira selepas beralih menyertai pasukan satelit Aprilia, CryptoData Aprilia RNF MotoGP Team bersama rakan sepasukan ba­haru, Miguel Oliveira.

Fernandez mengakui tidak sabar dan akan menggunakan tempoh tiga hari di Sepang sehingga esok untuk mendapatkan pela­rasan terbaik sebelum memulakan saingan sebenar pada 26 Mac nanti di Portimao, Portugal.

“Apa yang boleh saya katakan, jentera ini (RS-GP) sangat mudah ditunggang. Enjinnya menakjubkan dan saya berasa sangat te­ruja mengujinya di Valencia.

“Saya tidak dapat menjelaskan semua perbezaan yang ada pada jentera Aprilia, tetapi perkara yang paling mengagumkan tentang jentera itu adalah saya tidak perlu fizikal yang kuat untuk mengendalikannya.

“Saya mengalami pengalaman yang sangat teruk dengan KTM. Sejujurnya saya gembira untuk kembali pada musim 2023 ini selepas berdepan tahun yang sa­ngat sukar musim lalu.

“Saya kembali ke sini (Malaysia) dan saya mahu melakukan ba­nyak pusingan bersama jentera baharu ini untuk mendapatkan lebih keyakinan bersama Aprilia.

“Sekarang adalah masa untuk fokus pada diri sendiri dan menikmati semula perlumbaan selepas saya tidak pernah menikmati rasanya sebagai seorang pelumba tahun lepas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI