fbpx

Suami isteri terkejut bil dua kopi Starbucks RM19,297

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jesse tidak sedar dicaj mahal selepas membeli dua cawan kopi starbucks. - FOX23

WASHINGTON – Sepasang suami isteri di negeri Oklahoma terkejut dikenakan bayaran AS$4,456.27 (RM19,297) selepas memesan dua cawan kopi di sebuah cawangan Starbucks di bandar Tulsa, lapor akhbar New York Post semalam.

Jesse O’Dell berkata, baki akaun banknya terjejas selepas memesan kopi seperti biasa pada 7 Januari lalu. 

Dia memesan secawan kopi Americano ais untuk isterinya dan frappucino karamel saiz venti (besar) untuk dirinya, dengan bayaran tambahan AS$10 (RM43.30).

Bapa empat anak itu tidak menyedari perkara yang berlaku kerana tidak segera menyemak resit pembelian.

Isterinya, Deedeee menyedari bahawa bayaran empat angka dikenakan untuk minuman mereka apabila dia tidak dapat menggunakan kad kreditnya di sebuah pusat beli-belah, lapor saluran televisyen WNEM.

Pasangan itu segera menghubungi syarikat Starbucks untuk mendapatkan bantuan dan pegawainya menghantar cek kepada mereka untuk menebus wang tunai tersebut tetapi cek yang dihantar adalah cek tendang.

“Kami menghubungi talian bantuan khidmat pelanggan kira-kira 30 hingga 40 kali pada hari itu,” kata Jesse sambil menambah, keluarganya terpaksa membatalkan perjalanan kerana mereka tidak mempunyai wang disebabkan kesilapan yang berlaku.

Jurucakap Starbucks memberitahu bahawa cek pertama ditendang kerana kesilapan ejaan dan cek baharu yang dihantar telah ditunaikan.

Jesse memberi nasihat kepada pelanggan lain supaya berhati-hati dengan caj dalam resit mereka supaya perkara serupa tidak berulang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI