fbpx

Polis nafi mesej tular taktik baru penyamun tepi jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej tular di media sosial yang kononnya mendakwa terdapat taktik baru jenayah samun.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan tiada laporan diterima mengenai penyebaran mesej tular di media sosial yang mendakwa kononnya terdapat taktik baru dalam jenayah samun.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, mesej tersebut mendakwa penyamun akan meletakkan telefon dalam keadaan lampu menyala di atas jalan raya untuk menarik perhatian mangsa supaya berhenti.

“Mesej itu mendakwa mana-mana mangsa yang berhenti untuk mendapatkan telefon berkenaan, seterusnya akan disamun. PDRM mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima mengenai modus operandi sedemikian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Noorsiah, orang ramai juga dinasihati supaya tidak menyebarkan mesej-mesej atau berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat.

Ujarnya, mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI