fbpx

Penuntut IPT maut jatuh tingkat sembilan pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penuntut lelaki ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari bangunan pusat beli- belah di Sungai Petani ,hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah pusat beli-belah di sini pada petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hasan berkata, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 3 hingga 3.30 petang tadi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pekerja pembersihan yang menemui seorang lelaki dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tepi bangunan.

“Pekerja terbabit memaklumkan dia terdengar bunyi benda terjatuh sebelum menemui mayat mangsa di kawasan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau bersama anggotanya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui satu beg sandang milik mangsa di koridor tempat dia dipercayai terjatuh.

“Pemeriksaan lanjut menemui kad pelajar jurusan Sistem Pengurusan Maklumat sebuah universiti di sini serta laporan tugasan di dalam beg itu,” ujarnya.

Katanya, pihaknya sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di pusat bangunan itu dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI