fbpx

Kerajaan tak sewenang-wenang lulus permohonan pekerja asing – Sivakumar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (tengah) bercakap pada sidang akhbar di MyRA, Batu Gajah, hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

BATU GAJAH – Kerajaan tidak akan meluluskan sewenang-wenangnya permohonan majikan bagi mendapatkan khidmat pekerja asing walaupun terdapat permintaan tinggi.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kerajaan perlu mengawal permohonan kemasukan pekerja asing agar tidak berlaku lambakan tenaga kerja berkenaan sehingga menjejaskan peluang pekerjaan warga tempatan.

“Berdasarkan maklumat yang saya ada, buat masa ini, permohonan itu terlalu banyak. Pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang memproses dan telah memberikan kelulusan dalam tempoh tiga hari seperti dijanjikan tetapi permohonan masih banyak masuk.

“Jadi, kita akan tengok sama ada untuk meluluskan atau berhenti dahulu sebab mengikut Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), jumlah maksimum pekerja asing yang dimaktubkan adalah 2.4 juta orang sahaja,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Istiadat Konvokesyen Akademi KTM (MyRA) di sini, yang menyaksikan 315 graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia masing-masing.

Mengulas lanjut, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada sektor-sektor kritikal iaitu perkilangan, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian, pihak kementerian mendapati terdapat keperluan bagi membawa masuk 518,000 pekerja asing ke negara ini.

Pada masa sama, Sivakumar berkata, kerajaan sedang mencari mekanisme terbaik bagi membolehkan pengambilan pekerja asing dari negara-negara sumber dapat dilakukan tanpa menerusi ejen-ejen.

Beliau berkata, kerajaan sedar mengenai isu yang dihadapi oleh para majikan yang terpaksa membayar mahal bagi mendapatkan khidmat pekerja asing.

“Kerajaan perihatin dalam isu ini. Perdana Menteri dan seluruh dan seluruh Kabinet sedia maklum dengan masalah ini, jadi usaha-usaha sedang diambil untuk memastikan supaya pekerja-pekerja asing tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak untuk membuat keuntungan yang tinggi.

“Pada masa ini, banyak usaha yang telah diambil. Pada minggu lalu, Menteri Dalam Negeri telah pergi ke tiga negara sumber iaitu Indonesia, Nepal dan Bangladesh untuk berbincang berkaitan pekara ini.

“Kami sedang membuat satu kaedah terbaik bagaimana untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk berhenti menggunakan ejen bagi pengambilan pekerja asing kerana ia melibatkan kos tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI