fbpx

Jangan tamak miliki lesen perniagaan, elak alibaba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah (berdiri empat kanan) bersama wakil-wakil Depenksel pada majlis tersebut.

SHAH ALAM – Para peniaga kecil di negeri ini dikesan memiliki banyak lesen perniagaan sehingga boleh menimbulkan isu alibaba perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, tindakan mereka juga secara tidak langsung menyekat peluang orang lain untuk berniaga.

Katanya, secara logiknya jika peniaga berniaga tujuh hari seminggu di tujuh tempat berbeza hanya memerlukan tujuh lesen sahaja.

“Apabila kita membuat penyelarasan bermula tahun 2021 melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), barulah kita tahu peniaga kecil tersebut berniaga di banyak tempat.

“Jika seorang peniaga kecil hanya perlukan tujuh lesen mengapa dia perlu ada 30 lesen? Kita tak mahu ia dialibaba dan saya minta pihak PBT lihat perkara ini,”katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Antara Dewan Perniagaan Dan Keusahawanan Selangor (Depenksel) dan JW Equipment Sdn.Bhd. di Hotel De Palma Inn Seksyen 19, hari ini.

Justeru, Rodziah menasihatkan mereka sentiasa berpada-pada dalam mendaftar dan memiliki lesen perniagaan PBT dan turut memberitahu, jika peniaga memakai lesen ‘alibaba’ mempunyai masalah peribadi hingga tidak boleh mendaftar lesen, pihak tersebut boleh menggunakan nama keluarga sendiri.

“Satu lagi saya risau di bawah persatuan. Contohnya persatuan Uptown, ia didaftar dibawah PBT atas satu nama sedangkan di bawahnya ada 300 orang dan ini menyebabkan kesukaran bantuan perniagaan disalurkan kerana tak tepati kriteria pemilikan perniagaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI