fbpx

Yayasan Felda terima pengiktirafan Malaysia Book of Record

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajar (tiga kiri) menyerahkan sijil pengiktirafan MBOR: Most Dialysis Machines Donated By An Organisation kepada Mohd. Banuri (dua kanan) pada Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan Felda kali ke-24 di Dewan Perdana Felda, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Yayasan Felda menerima sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR): ‘Most Dialysis Machines Donated By An Organisation’ atas sumbangan 58 unit mesin dialisis di seluruh negara.

Pengurus Besar Yayasan Felda, Datuk Mohd. Banuri Aris berkata, Yayasan Felda telah menyumbang 58 unit mesin berkenaan sejak tahun 2000 hingga 2015 kepada hospital kerajaan, pusat-pusat hemodialisis yang beroperasi secara amal dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Setiap tahun sekurang-kurangnya lima buah mesin dialisis didermakan kepada hospital-hospital kerajaan, pusat-pusat hemodialisis yang beroperasi secara amal dan NGO seluruh Malaysia.

“Ia meliputi 13 buah negeri iaitu di Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Kelantan,Perlis, Sabah dan Sarawak,” katanya selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan Felda (KYF) kali ke-24 di Dewan Perdana di sini hari ini.

Sijil berkenaan disampaikan oleh Perunding Rekod Kanan MBOR, Siti Hajar Johor kepada Mohd. Banuri.

Tambahnya, Yayasan Felda merupakan sebuah organisasi yang berperanan dalam melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara.

“Dalam bidang kesihatan, Yayasan Felda mempunyai pusat hemodialisisnya sendiri untuk pesakit buah pinggang yang berpendapatan rendah. Antara inisiatif Yayasan Felda adalah termasuk memberi sumbangan alat-alat perubatan.

“Menyedari bilangan pesakit buah pinggang terus meningkat setiap tahun dan betapa sukarnya pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dialisis terutamanya peneroka-peneroka Felda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI